Wednesday, July 10, 2019

Resepi Kari Kambing


Resepi Kari Kambing

Bahan-Bahan:

2 kg daging kambing bersama tulang (bahagian kaki lebih baik)
4 biji kentang, kupas kulit dan potong dadu besar
2 biji tomato, potong 4
6 sudu besar serbuk rempah kari daging
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
2 keping asam gelugor, atau air asam jawa
Sedikit gula melaka
Garam secukup rasa
1 senduk minyak, untuk menumis
Bahan untuk dibancuh dengan air:
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk kurma daging
2 sudu besar kerisik

Bahan untuk dikisar:
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
5-6 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas

Bahan untuk rempah tumis:
2 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
5 batang cengkih

Cara Penyediaan:

Basuh daging kambing bersama sedikit tepung gandum sehingga bersih dan toskan.
Masukkan air anggaran separuh tenggelam daging. Rebus sehingga lembut. Kalau gunakan kaedah rebus biasa masa untuk daging lembut lebih kurang 2 setengah uingga 3 jam. Jika gunakan pressure cooker anggaran masa 30 minit hingga 45 minit.
Panaskan minyak, tumis bahan rempah tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar halus.
Masukkan rempah yang telah dibancuh air dan tumis sehingga pecah minyak. Kacau dengan kerap supaya bahagian bawah tidak hangus. Tambahkan sedikit air jika terlalu kering semasa menumis.
Masukkan daging kambing yang telah direbus. Masak seketika hingga rempah meresap ke dalam daging.
Kemudian masukkan air rebusan daging, santan cair, kerisik, asam gelugor atau asam jawa dan kentang. Masak sehingga mendidih dan sedikit kering.
Masukkan santan pekat, gula melaka dan garam secukup rasa.
Sebelum angkat masukkan tomato dan tutup api.

RESEPI IKAN PANGGANG SAMBAL TUMIS PETAI


RESEPI IKAN PANGGANG SAMBAL TUMIS PETAI

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan jenahak | dibuang perut, sisik dan dibelah kedua-dua bahagian belakangnya
100gm petai
2 helai daun pisang
1 biji cili merah
2'x2' kertas aluminium

BAHAN A (DICINCANG HALUS):
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 bungkus Tumisan Sambal Tumis MAGGI
250ml air asam jawa


BAHAN HIASAN:
Limau kasturi secukupnya |dibelah dua
Marjerin secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Gaul kesemua bahan A dan asingkan.
2. Kemudian letakkan sehelai daun pisang di atas kertas aluminium.
3. Seterusnya susun ikan jenahak di atas daun pisang tadi.
4. Sapu dan sumbatkan bahan A yang digaul sebati dan petai pada perut ikan.
5. Setelah itu, letakkan baki daun pisang di atas ikan dan balut ketat kertas aluminium.
6. Bakar di atas api kecil selama 15 minit.
7. Akhir sekali, apabila sudah masak, sapukan ikan dengan marjerin dan hidangkan bersama limau kasturi.

RESEPI NASI ARAB POWER

RESEPI NASI ARAB POWER

Bahan untuk nasi:
🍚 2 1/2 cawan beras basmathi ~ cuci dan rendam 1/2 jam
🍚 4 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ikut beras masing2
🍚 garam secukup rasa
🍚 2 sb minyak sapi
🍚 pewarna kuning dan oren

Bahan yg disangai dan dikisar kering:
🍚 1/2 sm jintan manis
🍚 1/2 sm jintan putih
🍚 1/2 sm bunga cengkih
🍚 1/2 sm lada hitam
🍚 1/2 sm biji ketumbar
🍚 1/2 sm buah pelaga

Bahan untuk ditumis:
🍚 1 biji bawang besar ~ dihiris halus
🍚 3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
🍚 buah pelaga
🍚 kayu manis
🍚 bunga lawang

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis. Tumis hingga kekuningan.

2. Masukkan bahan yg dikisar, gaul sebati.

3. Masukkan beras yg telah ditoskan, goreng sekejap hingga sebati.

4. Masukkan dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, garam dan masak seperti biasa.

5. Bila dah kering, letak pewarna di atas nasi, jangan dikacau, nanti nasi hancur.

6. Bila nak dihidangkan, baru gaul nasi, biar bercampur warna.

Resepi Ayam:

Bahan-bahan:
🍚 1 ekor ayam ~ saya belah 4, dikelar2 bahagian dada kemudian direbus untuk mendapatkan stok ayam.
🍚 garam dan gula secukupnya

Bahan dikisar:
🍚 3 in halia
🍚 2 biji kunyit hidup ~ guna yg serbuk pun ok
🍚 1 sm jintan manis
🍚 1 sm jintan putih
🍚 2 sm ketumbar
🍚 1 sm buah pelaga
🍚 1 biji bawang besar
🍚 6 ulas bawang putih

Cara Membuat:
1. Gaul rata bahan dikisar pada ayam. Masukkan garam dan gula. Perap selama 2 - 3 jam

2. Panggang atau bakar ayam hingga masak.

Resepi Salad:
🍚 1 - 2 biji tomato *
🍚 1 batang mentimun*
🍚 1 batang lobak merah*
🍚 1 biji bawang besar* ~ * didadu
🍚 lada hijau dihiris
🍚 garam, gula dan cuka secukupnya
( campur semua bahan, perasakan masin, manis dan masam secukupnya)

Air Asam:
🍚 3 biji cili merah
🍚 5 biji cili api
🍚 1 biji buah tomato
🍚 1 biji bawang besar
🍚 sedikit belacan
🍚 garam dan gula
🍚 jus limau nipis @ air asam jawa
🍚 sedikit air masak ~ untuk mesin bahan
(campur semua bahan, mesin hingga halus dan hidangkan)

Selamat Mencuba 🤗🤗

Like & Share